Ads 468x60px

Terms & Conditions

Penyertaan

1.     Program ini terbuka kepada mereka yang sedang belajar di universiti atau baru sahaja graduat, yang berada dalam sistem tarbiyah IKRAM sama ada secara langsung atau tidak langsung, di dalam atau luar negara.
2.    Tempat untuk peserta bagi program ini adalah terhad iaitu sebanyak 24 tempat sahaja.
3.    Penyertaan boleh dihantar secara individu atau berkumpulan (3 orang satu kumpulan).
4.    Pihak pengurusan akan melihat semula setiap borang pendaftaran yang dihantar dan akan menghubungi peserta yang berjaya untuk menyertai program ini.
5.    Pihak pengurusan akan mengadakan sesi temuduga untuk memastikan peserta yang benar-benar minat akan dijemput untuk program ini. Keputusan akan dimaklumkan satu (1) minggu selepas temuduga dijalankan.
6.     Setiap keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan dalam memilih peserta yang layak adalah muktamad.
7.     Sekiranya mana-mana peserta yang terpilih untuk menyertai program ini menarik diri, pihak pengurusan akan menghubungi semula peserta yang telah disenarai-pendekkan.
8.     Setiap peserta yang terpilih hendaklah menyelesaikan yuran penyertaan dalam tempoh satu (1) minggu sebelum program bermula. Sebarang kelewatan akan menyebabkan peserta tersebut dibatalkan penyertaannya.
9.     Sekiranya peserta menarik diri setelah ditawarkan, yuran penyertaan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.

Program
10.      Satu (1) kumpulan mempunyai tiga (3) orang peserta. Setiap kumpulan wajib mempunyai sekurang-kurangnya  seorang programmer.
11.      Setiap kumpulan wajib menghasilkan sekurang-kurangnya satu mobile application di akhir program nanti.
12.      Setiap mobile application yang dihasilkan hendaklah menepati ciri-ciri yang akan ditetapkan oleh pihak  pengurusan semasa program nanti.
13.      Pengadilan terhadap setiap mobile application akan dibuat oleh juri yang dilantik oleh pihak penganjur. Setiap keputusan yang dibuat oleh juri adalah muktamad.
14.      Setiap peserta wajib mematuhi setiap arahan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan program. Kegagalan untuk mematuhinya akan menyebabkan peserta tersebut dikenakan tindakan atau disingkirkan.

Peluang bisnes
15.      Produk mobile application yang dibangunkan menjadi harta intelek kumpulan peserta.
16.      Keuntungan mobile application yang diterbitkan dan dimuat turun akan dibahagikan di antara pakar kandungan, pembangun mobile application (kumpulan peserta), syarikat/individu penaja dan PERINTIS.
17.      Keuntungan mengikut peratus akan dibahagi setelah selesai kos perbelanjaan bagi penerbitan produk app tersebut, 60% (maksimum, termasuk mobile app content) diperuntukkan untuk kumpulan peserta mobile application.
18.      Surat perjanjian akan disediakan bagi pembangunan produk tersebut.
19.      Peserta boleh meneruskan hasrat mereka untuk memulakan start-up berbekalkan ilmu dan kemahiran yang didapati daripada program ini.
20.      Hasrat pihak penganjur adalah untuk melahirkan usahawan mobile application dan produk mobile application yang mempunyai nilai Islam.



PERINTIS INNOVATION HOUSE
MEI 2012