Ads 468x60px

Tuesday 24 April 2012

Memperkenalkan Let's Create Apps


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum w.b.t Saudara/Saudari,

Bagi saudara/saudari yang masih tidak mengetahui tentang program ini, berikut adalah pengenalan dan matlamat di sebalik program ini.

Apakah itu Let's Create Apps?
Let's Create Apps adalah sebuah rancangan realiti untuk mendidik dan membangunkan usahawan apps.Apps yang terdapat di dalam peranti digital seperti telefon bimbit dan tablet telah banyak memudahkan  kehidupan manusia pada zaman moden ini. Pada masa kini, apps yang berunsur Islamik masih lagi terhad dan bermula dari situ Perintis mula mengambil inisiatif bagi menyokong pembangunan apps Islamik ini.

Objektif Let's Create Apps?
  • Membentuk usahawan/bakat baru yang mempunyai fikrah Islam
  • Membangun apps Islamik yang boleh dikomersilkan
  • Menyediakan ruang baru bagi menarik golongan yang berminat
  • Menyediakan platform untuk start-ups
Bagaimana program ini dijalankan?
Para peserta akan ditempatkan di sebuah rumah dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Terdapat 3 peserta bagi setiap kumpulan. Peserta-peserta perlu menghadiri kursus, membina apps dan menghadiri program tarbiyah. Setiap minggu, para peserta akan melakukan pembentangan berkenaan apps mereka dan para juri akan memberi maklum balas. 

Pada minggu terakhir, peserta dengan apps yang terpilih akan ditawarkan memulakan perniagaan apps dengan dorongan MUBIN.  

Sasaran peserta Let's Create Apps
  • Mahasiswa yang sedang cuti semester
  • Seorang daripada 3 peserta boleh membuat programming 
  • Latarbelakang peserta: pelbagai disiplin bergantung kepada jenis apps yang hendak dibina
Adakah anda berminat menjadi salah seorang peserta. Sekiranya berminat sila hubungi


Marilah bersama-sama menyokong pembangunan apps Islamik. 

Wassalam.