Ads 468x60px

Wednesday 23 May 2012

Penerangan Lanjut Untuk Syarat Individu Menyertai Let's Create Apps

Untuk makluman, setiap kumpulan perlu ada seorang programmer dengan  CGPA sekurang-kurangnya 2.80 dan  pernah mempelajari C-related language.

Selebihnya, bagi peserta-peserta lain iaitu non-programmer syarat CGPA dan  C-related language dilonggarkan. Sebaik-baiknya peserta-peserta non-programmer ini pernah berada dalam sistem tarbiyah.

Walaubagaimanapun, semua bakal peserta akan melalui proses temuduga.


Wassalam.

Terma & Syarat:: Let’s Create Apps



Penyertaan

  1. Program ini terbuka kepada mereka yang sedang belajar di universiti atau baru sahaja graduat, yang berada dalam sistem tarbiyah IKRAM sama ada secara langsung atau tidak langsung, di dalam atau luar negara.
  2. Tempat untuk peserta bagi program ini adalah terhad iaitu sebanyak 24 tempat sahaja.
  3. Penyertaan boleh dihantar secara individu atau berkumpulan (3 orang satu kumpulan).
  4. Pihak pengurusan akan melihat semula setiap borang pendaftaran yang dihantar dan akan menghubungi peserta yang berjaya untuk menyertai program ini.
  5. Pihak pengurusanakan mengadakan sesi temuduga untuk memastikan peserta yang benar-benar minat akan dijemput untuk program ini.
  6. Setiap keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan dalam memilih peserta yang layak adalah muktamad.
  7. Sekiranya mana-mana peserta yang terpilih untuk menyertai program ini menarik diri, pihak pengurusan akan menghubungi semula peserta yang telah disenarai-pendekkan.
  8. Setiap peserta yang terpilih hendaklah menyelesaikan yuran penyertaan dalam tempoh yang ditetapkan. 
  9. Sebarang kelewatan mungkinakan menyebabkan peserta tersebut dibatalkan penyertaannya.
  10. Sekiranya peserta menarik diri selepas program telah bermula, yuran penyertaan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan atas apa jua alasan yang diberikan.
 
 
 Program
  1. Peserta-peserta akan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan wajib mempunyai sekurang-kurangnya seorang programmer.
  2. Setiap kumpulan wajib menghasilkan sekurang-kurangnya satu mobile application di akhir program nanti.
  3. Setiap mobile application yang dihasilkan hendaklah menepati ciri-ciri yang akan ditetapkan oleh pihak pengurusan semasa program nanti.
  4. Pengadilan terhadap setiap mobile application akan dibuat oleh juri yang dilantik oleh pihak penganjur. Setiap keputusan yang dibuat oleh juri adalah muktamad.
  5. Setiap peserta wajib mematuhi setiap arahan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan program. Kegagalan untuk mematuhinya akan menyebabkan peserta tersebut dikenakan tindakan atau disingkirkan.


 Peluang bisnes
  1. Harta intelek bagi produk mobile application yang dibangunkan menjadi hakcipta kumpulan peserta pembangun.
  2. Keuntungan mobile applicationyang diterbitkan dan dimuat turun akan dibahagikan di antara pakar kandungan, pembangun mobile application (kumpulan peserta), syarikat/individu penaja dan PERINTIS.
  3. Keuntungan mengikut peratus akan dibahagi setelah selesai kos perbelanjaan bagi penerbitan produk app tersebut, 60% diperuntukkan untuk kumpulan peserta pembangun mobile application.
  4. Surat perjanjian akan disediakan bagi pembangunan produk tersebut.
  5. Peserta boleh meneruskan hasrat mereka untuk memulakan start-up berbekalkan ilmu dan kemahiran yang didapati daripada program.
  6. Memang menjadi hasrat pihak penganjur untuk melahirkan usahawan mobile applicationdan produk mobile applicationyang mempunyai nilai Islam.


PERINTIS INNOVATION HOUSE
MEI 2012