Ads 468x60px

Tuesday 10 July 2012

Minggu Pertama (1-7 Julai)

Alhamdulillah, program Let's Create Apps 2012 telah berjaya dimulakan pada hari Ahad, 1 Julai yang lalu dengan kehadiran 4 buah kumpulan peserta yang akan menjalani usaha menghasilkan Apps masing-masing.

Seperti yang telah dinyatakan, program ini akan berlangsung selama 5 minggu. Untuk minggu pertama ini, para peserta akan didedahkan berkenaan Story Board yang akan membantu mereka merangka secara detail apps yang bakal mereka hasilkan nanti. Slot berkenaan Story Board ini disampaikan oleh Pn Hafiza Abas

Dikongsikan beberapa gambar yang diambil sepanjang minggu pertama yang lalu.

Penyampai slot minggu pertama, Pn Hafiza Abas sedang melakukan personal coaching dengan peserta perempuan.


Peserta-peserta lelaki sedang berbincang berkenaan Story Board yang bakal mereka hasilkan.















Peserta paling dewasa, saudara Zulhilmi sedang membentangkan pelan awal Story Board beliau kepada Pn Hafiza dan peserta-peserta lain.
















Giliran saudara Husaini pula mengambil tempat untuk berkongsi Story Board kumpulan beliau.













Saudari Mardhiah sedang menerangkan Story Board kumpulannya.

Slot terakhir untuk minggu pertama tamat pada hari Jumaat. Semua slot yang disampaikan telah dilakukan pada sebelah pagi bagi memberi ruang setiap kumpulan melakukan perbincangan pada sebelah petang dan malamnya.

Keesokannya (Sabtu), majlis perasmian dilakukan bagi menandakan bahawa bermulanya program ini secara rasmi. Program Lets Create Apps 2012  telah selamat dirasmikan oleh presiden PERINTIS, Prof Zain yang datang daripada Johor.



0 comments:

Post a Comment